"Komuniti Berkongsi Nasib" - Basmi Kemiskinan dengan Juncao di Afrika

2024-09-03 14:56:28  CRI
Share with:


Pada Sidang Kemuncak Johannesburg bagi Forum Kerjasama China-Afrika Tahun 2015, Presiden China, Xi Jinping menegaskan, China akan melalui pembangunan di negara sendiri membantu Afrika demi pembangunan bersama dan pencapaian sama menang. Pada sedekad lalu, China telah memperkenalkan lebih 1,500 teknik pertanian kepada lebih 70 buah negara dan kawasan, yang terbukti kondusif bagi usaha membanteras kemiskinan di desa. 


Rwanda yang mempunyai populasi yang besar, tetapi tanah yang kurang sejak sekian lama menderita masalah tentang kadar kemiskinan yang tinggi yang menceah 37 peratus, dan kekurangan makanan serta malnutrisi dalam kalangan rakyat.


Pada tahun 2013, Leonidas Mushimiyimana sebagai pelajar cemerlang yang terpilih dan ditugaskan oleh Pusat Contoh Teknik Pertanian Rwanda yang ditubuhkan dengan bantuan China, berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian di China.


"Setelah membuat beberapa banyak kunjungan, saya memutuskan untuk pulang ke kampung halaman dengan membawa teknik menanam Juncao (rumput untuk kegunaan tumbuhan cendawan). Kini, terdapat seramai 50,000 orang yang menceburkan diri dalam penanaman rumput jenis itu di Rwanda," kata Leonidas.


Seorang  peniaga, Claudette Manilaguha berkongsi pengalamannya dengan berkata, "Terdapat permintaan besar terhadap cendawan dalam pasaran Congo (Kinshasa). Saya boleh menjualnya sebanyak 100 hingga 200 kilogram sehari. Selain sudah membuka satu sekolah untuk kanak-kanak tempatan, saya juga menawarkan latihan kepada orang muda dan membantu mereka mendapat pekerjaan dengan teknik ini. Saya berasa gembira kerana ada yang memulakan kerjaya itu lebih baik daripada jangkaan saya."


Setakat hujung tahun 2023, China telah menubuhkan 24 buah pusat contoh teknik pertanian di Afrika, yang dilaporkan mampu membantu meningkatkan hasil tanaman setempat sebanyak 30 hingga 60 peratus.