Empat Maut Insiden Tembakan di Chicago
2024-09-03 13:23:01 CRI
Seramai empat orang terkorban susulan insiden tembakan yang berlaku dalam sebuah kereta api bawah tanah di pinggir bandar Chicago, negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Menurut sumber, pihak polis menerima panggilan talian kecemasan pada kira-kira pukul 5.30 pagi hari itu dan bergegas ke stesen keretapi berkenaan.
Suspek terbabit dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian, namun kemudian berjaya dikesan dan diberkas polis dalam sebuah tren di laluan lain.