Adakah China 'Menjajah' Afrika?
Pada tahun tahun kebelakangan ini, terdapat segelintir badan media dan politikus dari negara Barat yang kerap kali menggembar-gemburkan apa yang disebut "China melaksanakan penjajahan baharu" di Afrika.
Adakah itu realiti yang benar? Adakah pemimpin negara dan penduduk awam di Afrika terpedaya dengan perkataan macam itu?
Pada hakikatnya, semakin ramai rakyat Afrika tidak lagi mempercayai kata-kata macam itu kerana mereka sudah menginsafi bahawa hubungan kerjasama yang saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan antara China dan Afrika sama sekali berbeza dengan penjajahan kuasa Barat terhadap Afrika dalam sejarah silam yang bersifat merompak dan mengeksploitasi.
Kerjasama China-Afrika yang kondusif bagi pembangunan kedua-dua pihak, sudah menjadi teladan bagi Kerjasama Selatan-Selatan di persada dunia dengan semangat sama menang yang ditekankan yang selaras dengan arus zaman ini.