Pekan Heshun yang Bersejarah Mendapat Nafas Baharu

2024-09-04 13:41:40  CRI
Share with:

Pekan Heshun bandar Tengchong di provinsi Yunnan terkenal sebagai bekas hab pernigaan dan kebudayaan di sepanjang "Jalan Sutera Selatan" yang melalui barat daya China pada zaman purba kala.

Jika berpeluang menjejak kaki ke pekan tersebut, anda bukan sahaja dapat menikmati seni bina tradisional Hui (yang berasal dari provinsi Anhui di bahagian tengah China), pemandangan jambatan dan sungai yang bergaya Jiangnan (kawasan selatan di bahagian hilir sungai Yangtze), malahan juga elemen bangunan yang bergaya Barat dan Asia Selatan.


Dalam tempoh lebih 600 tahun yang lalu, "kebudayaan Heshun" yang berteraskan keharmonian rakyat dan kesejahteraan masyarakat beransur-ansur terbentuk di pekan yang bersejarah itu, yang mempunyai masyarakat majmuk yang terpengaruh oleh kebudayaan bangsa Han, etnik minoriti sempadan dan kebudayaan asing.