"Komuniti Berkongsi Nasib" - Pasukan Perubatan China yang Bertugas di Congo

2024-09-04 15:31:42  CRI
Share with:


Beroperasinya Hospital Persahabatan China-Congo (Brazzaville) merupakan antara tindakan mitigasi kekurangan doktor dan ubat-ubatan di negara yang paling tertinggal di benua Afrika itu.


Ketika membuat lawatan rasmi ke Congo (Brazzaville) pada 30 Mac 2013, Presiden China, Xi Jinping bersama dengan Presiden Denis Sassou pernah menghadiri majlis perasmian hospital itu. Ketika menziarahi pasukan perubatan China yang bertugas di sana, Xi buat julung kalinya mengemukakan garis panduan bagi semua pasukan perubatan China yang bertugas di seberang laut, iaitu "menyemarakkan semangat budiman dan dermawan tanpa kenal lelah, menyelamatkan pesakit dengan simpati yang tak terhingga".


"Projek ini disukai ramai dalam kalangan penduduk tempatan," kata Pengarah Bahagian Anaesthesia dan Pembedahan, Jean-Édouard Maboungou.


Selain itu, ketua hospital terbabit, Benjamin Ngakono berkata, pihaknya menghargai bantuan China membabitkan aset dan keanggotaan.


Seramai 25,000 kakitangan perubatan China yang ditugaskan di Afrika pernah menyediakan perkhidmatan perubatan kepada 230 juta pesakit setempat sejak tahun 1963.


"Biarkan kita berganding bahu menjaga keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat di setiap negara, memelihara kampung halaman milik bersama di Bumi dan membentuk komuniti berkongsi nasib kesihatan sesama insan," seruan demikian dibuat Xi pada majlis perasmian Perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  ke-73 pada 18 Mei 2020.