Serangan Baharu Israel Bunuh 16 Rakyat Palestin

2024-09-04 12:13:39  CRI
Share with:

Tentera Israel melancarkan serangan terhadap beberapa lokasi di utara Gaza pada Selasa sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin, menurut sumber Palestin.

 

Pada masa sama, Israel meneruskan operasi ketenteraan berskala besar di Tebing Barat yang memasuki hari ketujuh.

Kementerian Kesihatan Palestin menerusi kenyataan berkata, operasi berkenaan membunuh 33 rakyat Palestin dan mencederakan kira-kira 130 yang lain.