China, Afrika Perlu Gembleng Tenaga Gerak Pemodenan: Presiden Xi
China dan Afrika perlu bergandingan tenaga bagi menggerakkan proses pemodenan, kata Presiden Xi Jinping ketika berucap merasmikan sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Beijing pada Khamis.
Xi berkata China mempergiat usaha ke arah membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi bercirikan sendiri, manakala Afrika pula bergerak menuju matlamat pemodenan yang ditetapkan Agenda 2063 Kesatuan Afrika (AU).
Beliau mengesyorkan agar kedua-dua pihak bekerjasama memajukan proses pemodenan dengan menonjolkan enam ciri iaitu saksama dan munasabah, terbuka dan sama menang, berpaksikan rakyat, pelbagai dan terangkum, mesra ekologi serta aman dan selamat.