Empat Maut Insiden Tembakan di Sekolah Tinggi AS
2024-09-05 15:46:10 CRI
Seramai empat orang terkorban dan sembilan lagi cedera susulan insiden tembakan yang berlaku di Sekolah Tinggi Apalachee di Winder, negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Dilaporkan, suspek ialah seorang remaja berusia 14 tahun yang juga merupakan pelajar di sekolah itu.
Menurut statistik Arkib Keganasan Senjata (GVA), AS merekodkan 385 kes tembakan yang menyebabkan kematian dan kecederaan melebihi empat orang dari Januari hingga September tahun ini.
Antaranya, seramai 11,570 orang terbunuh dan 22,252 lagi cedera dalam insiden berkenaan.