Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat FOCAC

2024-09-05 11:53:19  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan mengadakan majlis jamuan malam bagi meraikan kedatangan tetamu kehormat yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Rabu.

Xi, bagi pihak kerajaan dan rakyat China menyampaikan ucapan selamat datang kepada tetamu dari negara-negara Afrika yang menghadiri sidang kemuncak berkenaan. 

Sambil menyifatkan China dan Afrika sebagai pelopor pembinaan komuniti berkongsi nasib, Xi berkata kedua-dua pihak pasti berada di barisan depan dalam proses pemodenan pada masa hadapan.

Beliau yakin bahawa asalkan 2.8 bilion rakyat China dan Afrika sehati sejiwa, kecemerlangan pasti dapat dilakar dalam perjalanan menuju pemodenan sekali gus menerajui pembangunan modenisasi Selatan Global dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.