Kawasan Tandus Dijadikan Hutan Epal

2024-09-05 12:28:44  CRI
Share with:

Mukim Xibeile yang terletak di bandar Mengzi, provinsi Yunnan ialah kawasan tandus pada masa dahulu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan memperkaskan pembaikpulihan sistem ekologi dan mengembangkan industri yang sesuai dengan keadaan tempatan, serta menggalakkan petani menanam pokok epal.

Pada masa ini, kawasan penanaman pokok epal di Xibeile seluas lebih 3,400 hektar, dan jumlah hasilnya boleh mencapai lebih 15,000 tan setahun, berjaya melonjak pendapatan petani tempatan.