10 Tindakan Perkongsian Pacu Modenisasi Disanjung Tinggi
Sepuluh tindakan perkongsian bagi memacu pemodenan yang diketengahkan Presiden Xi Jinping sempena sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Beijing mendapat sanjungan tinggi daripada pemimpin Afrika.
Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye berkata sejak FOCAC dilancarkan pada 2000, Afrika dan China berjaya melaksanakan siri projek kerjasama sehingga menjadi teladan hubungan perkongsian yang saling menghormati dan membangun bersama.
Faye memuji Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memberi sumbangan besar bagi menggerakkan kerjasama membabitkan projek infrastruktur khususnya pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, lebuh raya, jalan ekspres dan landasan kereta api di benua Afrika.
Sementara itu, Presiden Mauritania Mohamed Ould Cheikh Ghazouani menzahirkan penghargaan atas sokongan dihulurkan negara Tembok Besar bagi membantu Afrika mewujudkan pembangunan yang pelbagai.