Rizab Tukaran Asing China Kekal di Tempat Teratas
2024-09-06 13:08:26 CRI
Rizab tukaran asing China menduduki tempat pertama di dunia selama 19 tahun berturut-turut dengan jumlahnya kekal pada paras melepasi USD3 trilion (RM13.01 trilion), menurut data dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Tukaran Asing Negara (SAFE) pada Khamis.
Timbalan Pentadbir SAFE Li Hongyan berkata prestasi seumpama memberi sumbangan positif bagi mengukuhkan keyakinan pasaran serta berkhidmat kepada pembangunan ekonomi sebenar.