Sidang Kemuncak FOCAC Amat Berjaya

2024-09-06 12:06:01  CRI
Share with:

Sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) lantang menyuarakan komitmen kedua-dua pihak ke arah mewujudkan pembangunan bersama, sekali gus memaparkan keyakinan teguh Selatan Global untuk memperkasa solidariti dan kolaborasi.


Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang media bersama Menteri Luar Senegal iaitu negara pengerusi bersama FOCAC, Yacine Fall serta Menteri Luar Republik Congo yang merupakan bakal pengerusi bersama, Jean-Claude Gakosso pada Khamis.

Wang menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai amat berjaya, menyaksikan hubungan bilateral antara China dan semua negara Afrika yang menjalin ikatan diplomatik dengannya dinaik taraf kepada perkongsian strategik, sementara hubungan China-Afrika ditingkatkan ke peringkat komuniti berkongsi nasib sepanjang masa untuk era baharu.


Antara hasil utama lain yang dicapai termasuk enam saranan mengenai usaha sama menggerakkan modenisasi China dan Afrika, serta cetak biru tindakan untuk mengukuhkan kerjasama kedua-dua pihak pada fasa seterusnya.