Pelaburan SOE Sasar Sektor Baru Muncul Catat Lonjakan

2024-09-06 14:27:48  CRI
Share with:

Pelaburan dibuat perusahaan milik negara (SOE) dalam sektor baru muncul bersifat strategik di China direkod melepasi 1 trilion yuan (RM610 bilion) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

 

Prestasi berkenaan menyaksikan lonjakan 24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus memperlihatkan momentum kukuh SOE dalam industri memuncul.

 

Dari Januari hingga Julai, SOE mengurus pelaburan mereka khusus menyasar bidang-bidang seperti teknologi maklumat generasi baharu, kecerdasan buatan (AI), aeroangkasa, tenaga baharu, bahan baharu dan kelengkapan canggih.