Arca Simbolik Disumbang CMG Dilancar di Perancis

2024-09-07 16:06:27  CRI
Share with:

Arca simbolik yang disumbangkan Kumpulan Media China (CMG) kepada Jawatankuasa Sukan Nasional dan Olimpik Perancis (CNOSF) dilancarkan di Noisy-le-Grand, utara Perancis pada Jumaat.


Dinamai 'Tong Zhou Gong Du' atau maknanya 'ferrying in the same boat', arca itu disiapkan bagi memperingati ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis serta penganjuran Olimpik Paris.


Presiden CMG Shen Haixiong menerusi perutusan tahniah menzahirkan harapan agar pelbagai lapisan masyarakat dua negara bersinergi mempergiat pertukaran dan dialog antara tamadun berbeza, memupuk rasa saling memahami dan saling menghormati sesama rakyat dan terus menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.