Xi Tuntut Usaha Sedaya Upaya Tangani Taufan Yagi

2024-09-07 17:06:18  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengarahkan supaya usaha dilakukan untuk menangani taufan super Yagi, memindahkan penduduk terjejas ke tempat selamat, mencegah berlakunya bencana susulan dan sedaya upaya mengurangkan kehilangan nyawa.


Beliau turut menuntut supaya kerja membaiki kemudahan infrastruktur yang rosak disegerakan, di samping menggerakkan pembangunan pasca bencana.


Setakat pukul 12 tengah hari Sabtu, taufan Yagi menyebabkan tiga maut dan 95 lagi cedera di wilayah Hainan, Guangdong dan Guangxi, selain menjejaskan kehidupan seramai 1.227 juta penduduk tempatan.