Musim Pukat Ikan Bermula di Tasik Bosten

2024-09-07 16:22:45  CRI
Share with:

Suasana di Tasik Bosten di wilayah Xinjiang kembali meriah apabila nelayan tempatan bersibuk memukat pelbagai jenis ikan.

 

Dengan keluasan 1,646 kilometer persegi, Tasik Bosten merupakan tasik air tawar pedalaman yang terbesar di China.

 

Tasik itu kaya dengan hidupan akuatik sehingga mempunyai 32 spesies ikan dengan hasil tangkapan tahunan kira-kira 4,000 tan.

 

Berkat pelaksanaan tempoh moratorium serta pembiakan buatan dan pelepasan, sumber perikanan di tasik berkenaan diberi perlindungan secara berkesan.