Minggu Kesedaran Keselamatan Siber Negara Dilancar
2024-09-08 14:18:25 CRI
Minggu Kesedaran Keselamatan Siber Negara 2024 dilancarkan di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pada Ahad.
Antara pengisian diselitkan dalam aktiviti itu termasuk sesi forum, ekspo bertemakan keselamatan siber serta pertandingan inovasi dan keusahawanan keselamatan siber.
Aktiviti berkenaan akan diadakan di seluruh negara bermula 9 hingga 15 September dengan tujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.