Xi Ucap Selamat Menyambut Hari Guru kepada Pengajar Seluruh China

2024-09-10 15:07:44  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada golongan pengajar di seluruh negara, ketika berucap pada Persidangan Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Beijing dari 9 hingga 10 Sept.

Tanggal 10 Sept ini menandakan Hari Guru ke-40 di China.

Xi menyatakan bahawa menghormati guru dan mementingkan pendidikan adalah tradisi cemerlang yang diwariskan bangsa China sejak zaman dahulu. 

Xi mahu pihak-pihak berkaitan meningkatkan status golongan pengajar dari aspek politik, sosial dan profesion, menambah baik jaminan dan gaji mereka, dan meningkatkan piawaian elaun bagi guru di sekolah rendah dan menengah.

Di samping itu, menurut Xi, usaha juga harus dilakukan untuk melaksanakan dan menambah baik dasar elaun kehidupan untuk guru di luar bandar, dan mempromosikan pembaharuan sistem gaji bagi kakitangan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Sementara itu, Xi menyeru seluruh masyarakat untuk memupuk kesedaran menghormati guru, melindungi hak dan kepentingan sah mereka, mengurangkan beban kerja bukan pendidikan dan pengajaran guru, dan melakukan kerja persaraan guru dengan baik.

Meningkatkan pemilihan dan penganugerahan guru cemerlang supaya menjadikan guru antara profesion yang paling dihormati masyarakat, tambah Xi.