Li Qiang Bakal Lawat Arab Saudi, UAE
2024-09-10 14:41:15 CRI
Atas undangan Putera Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Muhammad Bin Salman Bin Abdel Aziz Al Saud dan Naib Presiden merangkap Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri China, Li Qiang akan mempengerusikan mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi dan mengadakan lawatan di Arab Saudi dan UAE pada 10 hingga 13 September ini.