Pertandiangan Kemahiran Dunia ke-47 Buka Tirai di Perancis
Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) ke-47 membuka tirai di Lyon, Perancis pada malam Selasa waktu tempatan.
Seramai lebih 1,400 orang peserta yang beraksi dalam pertandingan kali ini dilaporkan berasal dari hampir 70 buah negara dan kawasan. China telah menghantar 68 orang yang umurnya berpurata 22 tahun untuk mempertandingkan kesemua 59 acara dalam enam bidang iaitu pengangkutan dan logistik, teknik struktur dan pembinaan, teknik pembuatan dan kejuruteraan, teknik maklumat dan telekomunikasi, seni kreaktif dan fesyen, serta perkhidmatan sosial dan individu.
Dalam majlis pembukaan berkenaan, para peserta dari pelbagai negara dan kawasan telah memaparkan imej golongan muda yang bersemangat tinggi dan penuh dengan kesegaran.