Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB Dirasmikan
Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dirasmikan di ibu pejabat pertubuhan itu di New York pada petang Selasa.
Presiden sesi edisi kali ini, Philemon Yang menyeru kerjasama masyarakat antarabangsa yang lebih kukuh untuk menangani pelbagai cabaran global, termasuk perubahan iklim, konflik yang semakin meningkat dan kelembapan dalam pembangunan mampan.
Philemon Yang dalam ucapannya menyifatkan keamanan dan keselamatan sebagai sangat penting dan masyarakat antarabangsa perlu berusaha untuk menyelesaikan konflik serantau.
Beliau juga menekankan usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang saksama melalui inovasi dan ekonomi hijau bagi memastikan "semua negara, baik yang besar mahupun yang kecil, dapat berkongsi hasil pembangunan ekonomi" terjamin.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dalam ucapannya pula menegaskan peri pentingnya pengambilan penyelesaian konkrit dalam pelbagai bidang, termasuk pengurangan kemiskinan, penghapusan ketidaksamaan dan krisis iklim bagi menghadapi situasi global yang mencabar.