Minggu Media ASEAN-China ke-6 Dirasmikan

2024-09-11 13:25:51  CRI
Share with:

Minggu Media ASEAN-China ke-6 yang bertemakan "Pertukaran Rakyat Lebih Banyak, Kerjasama Audio Visual Lebih Baik" dirasmikan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada malam Selasa.

Dengan merangkumi enam komponen utama yang meliputi majlis perasmian dan malam gala, Persidangan Pelabur Industri Audio Visual China-ASEAN 2024, pameran karya terjemahan, Kem Penciptaan Pengendali Belia China-ASEAN (Musim 4), pemilihan karya cemerlang dalam bidang penyiaran antarabangsa, dan Malam Lagu Persahabatan serta Lagu Filem dan Televisyen China-Vietnam, temasya tajaan China dan ASEAN tersebut bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan warga media dan pertukaran sosiobudaya, serta mendorong kerjasama dan pembangunan yang berkualiti dalam bidang industri audio dan visual yang dilihat boleh melengkapkan matlamat pembinaan komuniti berkongsi nasib yang lebih padu.