Perhimpunan Usahawan Cina Dunia Fokuskan Geoekonomi dan AI
Konvensyen Usahawan Cina Dunia (WCEC) Ke-17 yang dirasmikan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Selasa menumpu pada topik perbincangan geoekonomi, kecerdasan buatan (AI), perdagangan dan pelaburan, kerjasama dan inovasi serta pembangunan inklusif.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis perasmian berkenaan berkata, pada zaman pasca normal yang penuh dengan kerumitan dan kerancuan, golongan usahawan Cina di persada dunia dikehendaki memikul tanggungjawab yang lebih besar, dan memainkan peranan lebih penting dalam usaha memelihara kerjasama ekonomi serantau, memastikan keselamatan rantaian pembekalan serta mendorong agenda perkembangan sosioekonomi dalam senario global.
Beliau menegaskan, China muncul sebagai rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut. Pelbagai rancangan kerjasama yang dicapai kedua-dua pihak telah dijadikan asas kukuh bagi memperhebat kolaborasi dalam bidang inovatif sekaligus menggalakkan pembangunan ekonomi.
Turut serta, lebih 4,000 wakil dari 168 buah pertubuhan di seluruh dunia.