CMG, LaLiga Tandatangani Perjanjian Hak Penyiaran Perlawanan Bola Sepak

2024-09-12 14:53:32  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol (LaLiga) mencapai kata sepakat pada Selasa tentang kerjasama hak penyiaran perlawanan bola sepak kitaran baharu LaLiga di Tanah Besar dan wilayah Macao China serta penyiaran perlawanan bola sepak LaLiga musim ini menerusi pelbagai platform media CMG.

Penandatanganan perjanjian itu bertepatan dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez ke China.


Perjanjian kerjasama berkenaan ditandatangani oleh Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden LaLiga Javier Tebas di Beijing pada hari yang sama.


Menurut perjanjian itu, CMG mempunyai hak penyiaran  perlawanan bola sepak kitaran baharu LaLiga menerusi TV dan media baharu. Kedua-dua pihak juga bersepakat untuk mempromosikan pertukaran dalam sektor terbabit dan mendorong perkembangan bola sepak golongan belia.

Semasa bertemu dengan Tebas, Shen berkata, CMG menaruh perhatian terhadap kerjasama dengan LaLiga Sepanyol.


“Kerjasama tentang hak penyiaran perlawanan bola sepak LaLiga yang dicapai selepas penandatanganan memorandum kerjasama antara kedua-dua pihak pada Julai tahun ini kondusif bagi menggalakkan lagi perkembangan bola sepak dan penyebaran budaya bola sepak antara China dan Sepanyol.


“Persahabatan antara rakyat kedua-dua negara diharap dapat dikukuhkan melalui kerjasama yang meluas dan mendalam,” kata Shen.