Pameran Kebudayaan Islam China 2024 di Malaysia
Pameran Kebudayaan Islam China 2024 sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, membuka tirainya di Kuala Lumpur, pada Selasa.
Naib Presiden Pertubuhan Persahabatan Seberang Laut China Chen Xiaojiang, Presiden Persatuan Islam China Yang Faming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Presiden Persatuan Muslim Cina Malaysia Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan kira-kira 300 tetamu dari kedua-dua negara menghadiri majlis perasmian.
Bertemakan "Pempelajaran antara Peradaban untuk Kemakmuran Bersama", pameran itu akan berlangsung di World Trade Center Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Sept.