Kenapa Pelabur Asing Semakin Cenderung Memilih China?

2024-09-12 15:57:43  CRI
Share with:

"Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, saya pernah berkunjung ke China sebanyak belasan kali dengan tujuan untuk mendekati negara Tembok Besar ini," demikian dinyatakan Pengerusi Persatuan Weltmarktführer Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman, Walter Doering pada Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan dan Perdagangan (CIFIT) Ke-24 di bandar Xiamen.


Doering berpendapat, suatu perusahaan susah mengungguli industrinya di persada dunia kalau tidak memasuki pasaran China, salah satu pasaran terbesar di dunia ini.

Sementara itu, ramai wakil dari sektor korporat antarabangsa juga menyatakan bahawa pasaran China tidak boleh diabaikan, dan perkataan seperti "melabur ke China" selalu boleh kedengaran meniti di bibir para pengunjung di CIFIT 2024.


Rantaian perindustrian dan pembekalan yang kuat dan akomodatif di China dilihat sebagai satu jaminan besar bagi perusahaan modal asing yang bertapak di negara ini.

Banyak syarikat asing memilih menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan serta pusat inovasi di China, negara yang sememangnya berdaya asing dalam bidang ekonomi inovatif dan kreatif di mata mereka.

Sehubung itu, jumlah syarikat asing yang baru ditubuhkan di China pada Januari hingga Julai meningkat 11.4 peratus tahun ke tahun. Menyentuh keadaan urus niaga terbabit, jumlah keuntungan yang diperoleh perusahaan industri yang berkaitan dengan modal asing pada setengah tahun pertama melonjak 11 peratus. Pulangan yang melimpah merupakan antara faktor yang menjadikan pelabur asing semakin cenderung memilih China sebagai destinasi pelaburan.


Menurut Laporan Pelaburan Dua Hala China Tahun 2024 yang disiarkan semasa CITIF 2024, China yang kekal sebagai destinasi pelaburan kedua terbesar di dunia pada tahun lepas, tetap mendapat sambutan hangat dari pelabur dalam senario global.


Ramai pelabur asing  dilaporkan bersedia melengkapkan matlamat pelaburan mereka di pasaran China, yang dipercayai boleh terus dimanfaatkan pelbagai negara di dunia dengan "dividen" pembangunan yang melimpahkan rezeki.