Roket Zhuque-3 Selesai Ujian Penerbangan Perlepasan dan Pendaratan Menegak Sejauh 10 Kilometer

2024-09-12 12:23:13  CRI
Share with:

Roket Zhuque-3 telah berjaya menyelesaikan ujian perlepasan dan pendaratan menegak sejauh 10 kilometer, di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada pukul 12.00 tengah hari 11 Sept.


Zhuque-3, roket yang boleh diguna semula, dibangunkan oleh LandSpace, sebuah syarikat swasta China.

Kejayaan ujian ini adalah kemajuan signifikan negara ini dalam sektor aeroangkasa komersial, dan juga satu langkah penting menuju ke arah merealisasikan pelancaran roket yang boleh diguna semula dengan kapasiti besar, kos rendah, dan kekerapan tinggi pada masa hadapan.