Keindahan Taman Ekologi Weihe Serlahkan Hasil Pemuliharaan Ekologi Kungai Kuning

2024-09-13 11:48:10  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping melakukan tinjauan di bandar Baoji di barat laut China baru-baru ini.


Beliau sempat melawat Taman Ekologi Sungai Weihe untuk mengetahui keadaan pemuliharaan ekologi di kawasan terbabit.

Taman Ekologi Sungai Weihe terletak di pusat bandar Baoji, di tepi Sungai Weihe, anak sungai terbesar Sungai Kuning.


Taman ini siap dibina dan dibuka kepada awam pada tahun 2004. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 1.64 juta meter persegi dan sekali gus menjadi tempat bersantai dan beriadah bagi penduduk tempatan.