Lindungi Ekologi Sambil Jana Pembangunan di Lembangan Sungai Kuning - Xi

2024-09-13 11:25:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mempengerusikan satu majlis libat urus melibatkan usaha melindungi ekologi dan menjana pembangunan yang berkualiti di lembangan sungai Kuning di bandar Lanzhou, provinsi Gansu semalam.

Xi menekankan bahawa perlu merancakkan landskap perlindungan ekologi sambil menjana pembangunan yang berkualiti di lembangan sungai Kuning, melalui pelaksanaan strategi  yang inovatif dan mesra alam, penjimatan air, penggunaan sumber yang terancang, penyelarasan yang efisien antara pelbagai sektor serta transformasi industri yang kondusif supaya dapat membawa manfaat kepada hidup rakyat.