China akan Beri Layanan Tarif Sifar kepada Negara Paling Kurang Membangun
China akan memberi layanan tarif sifar untuk 100 peratus produk yang tersenarai sebagai yang mempunyai keserasian dari semua negara yang paling kurang membangun yang berhubungan diplomatik dengan China, menurut satu kenyataan yang diumumkan Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, keputusan tentang layanan tarif sifar yang berkuatkuasa bermula pada 1 Disember ini, bertujuan untuk meningkatkan tahap keterbukaan unilateral kepada negara yang paling kurang membangun bagi mewujudkan pembangunan bersama.
Yang perlu dijelaskan itu ialah keputusan itu hanya relevan dengan produk dalam senarai kuota tarif, sedangkan produk yang tidak tersenarai dalam kuota kekal dikenakan tarif yang sama.