Xi Ucap Tahniah kepada Forum Xiangshan Beijing Ke-11
Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Forum Xiangshan Beijing ke-11 yang membuka tirainya di Beijing pada Jumaat.
Xi dalam surat tahniahnya berkata bahawa menghadapi perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam seratus tahun dan aspirasi rakyat seluruh dunia terhadap keamanan dan kestabilan, China secara aktif melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, menyatukan konsensus pelbagai pihak, menggalakkan penghapusan punca konflik antarabangsa, menambah baik tadbir urus keselamatan global, dan berusaha tanpa henti untuk menuju ke pembinaan dunia yang aman dan selamat.
Beliau juga menzahirkan harapan agar forum Xiangshan edisi ini dapat mengekalkan prinsip sama rata, terbuka, inklusif dan saling belajar, menggabungkan konsensus dan meningkatkan rasa saling percaya, supaya memberikan sumbangan lebih besar kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Tema Forum Xiangshan Beijing tahun ini ialah "Promosikan Keamanan untuk Masa Depan Bersama".