Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi

2024-09-13 15:47:49  CRI
Share with:

Pada pukul 5.07 pagi Khamis, satu pesawat muatan barangan am termasuk pakaian seberat 38 tan kelihatan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu di bandar Urumqi wilayah Xinjiang menuju ke Katowice, Poland, menandakan laluan pengangkutan penerbangan kargo Urumqi-Katowice yang dilengkapi perkhidmatan berkala beroperasi secara rasmi.


Laluan penerbangan yang bernombor  GA732 itu, dilengkapi pesawat jenis B767-200 yang mampu membawa muatan maksimum seberat 44 tan, dan jadual perkhidmatannya melibatkan empat hingga enam penerbangan seminggu bermula bulan Oktober, dengan setiap penerbangan hanya memakan masa 10 jam.

Setakat ini, kesemuanya terdapat 13 laluan pengangkutan penerbangan kargo antarabangsa yang sudah beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu di bandar Urumqi wilayah Xinjiang, dengan merangkumi 12 buah negara di Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Barat dan Eropah. Barangan import yang dibawa masuk erutamanya merupakan pakaian, produk tekstil dan buah ceri, manakala barangan eksport terutamanya adalah pakaian, kasut dan but.