CIFTIS, Salah Satu Gambaran Hidup Momentum "Baharu" Pembangunan China

2024-09-14 14:48:01  CRI
Share with:

Kini, perdagangan perkhidmatan kian menjadi satu penggerak yang besar bagi pertumbuhan ekonomi global.


Menurut jangkaan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WHO), kadar perdagangan perkhidmatan dalam perdagangan antarabangsa akan meningkat dari 22% kepada 33% ke atas menjelang 2040.


Ini juga salah satu sebabnya Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2024 yang telah membuka tirainya pada Khamis lalu boleh menarik penyertaan pempamer dari sebanyak 85 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, serta lebih 450 syarikat yang tersenarai antara 500 terbaik sedunia. Sementara itu, Perancis sebagai negara tetamu kehormat buat kali pertama menyediakan pavilion pameran secara luar talian. Banyak syarikat Perancis mengeluarkan harapan agar meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan perkhidmatan.


Menurut perangkaan didedahkan Kementerian Perdagangan China, jumlah import dan eksport perkhidmatan China pada 2023 telah mencatat rekod tertinggi dalam sejarah, dengan mencecah RMB6.57543 trilion (RM4 trilion). Dalam pada itu, perdagangan perkhidmatan yang terkait dengan sukatan pelajaran baharu meningkat 41.4%, membuktikan China mempunyai daya saing yang semakin meningkat dan penggerak yang semakin kuat dalam bidang perdagangan perkhidmatan.

Konglomerat dunia boleh mendapat peluang perniagaan yang besar berkat pasaran perkhidmatan China yang berkembang makmur. Pada separuh tahun pertama tahun ini, pengimportan perkhidmatan China mencapai RMB2.1 trilion (RM1.27 trilion), meningkat 16.4% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu. 


Naib CEO Medtronic, Alex Gu berkata, syarikat asing boleh merebut banyak peluang yang wujud dalam pasaran China, negara gergasi yang berada di landasan penaiktarafan perindustrian. 


"Kami sentiasa bersikap optimistik terhadap pasaran China, dan berharap dapat mempergiatkan gerak kerja dalam membentuk rantai nilai yang bercirikan tempatan pada masa akan datang", kata beliau.


Kini, China telah memulakan pelaksanaan projek perintis yang terkait dengan peningkatan tahap keterbukaan dalam industri perkhidmatan yang melibatkan 13 sektor seperti sains teknologi, telekomunikasi, kebudayaan, pelancongan dan kewangan, beserta sebanyak lebih 1,300 langkah yang terbabit.


CIFTIS kali ini memperlihatkan banyak penggerak "baharu" bagi pertumbuhan ekonomi, keazaman China untuk mendorong pembangunan yang berkualiti dalam perdagangan perkhidmatan melalui peningkatan tahap keterbukaan, dan landskap yang dinamik sepanjang proses modenisasi ala China serta peluang yang berbilangan besar yang dibawanya.


Pengerusi Persatuan Persahabatan New Zealand-China, Chris Lipscombe berkata, China sememangnya konsisten dalam meningkatkan kesalinghubungan dalam senario global dan memberi sumbangan bagi peningkatan ekonomi dunia.