Isyarat Jelas Ditunjukkan dalam Tiga Mesyuarat mengenai Perkembangan Situasi LCS

2024-09-15 16:08:31  CRI
Share with:

Pada tempoh tiga hari lalu bermula 11 hingga 13 September, terdapat tiga mesyuarat yang penting yang telah diadakan berturut-turut, antaranya termasuk pertemuan ketua delegasi China-Filipina di bawah mekanisme perundingan bilateral (BCM) berhubung isu Laut China Selatan (LCS), Forum Xiangxian Beijing ke-11 dan mesyuarat pegawai kanan ke-22 tentang pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkentingan di LCS (DoC). 


Ketiga-tiga mesyuarat yang mempunyai kaitan dengan isu LCS tersebut mengeluarkan maklumat yang sama, iaitu penyelesaian persengketaan dengan baik melalui dialog dan pemeliharaan kestabilan dalam situasi LCS merupakan hasrat bersama serantau dan juga paling sejajar dengan kepentingan serantau.  


China dan Filipina dalam pertemuan ketua delegasi kedua-dua negara di bawah mekanisme perundingan bilateral (BCM) berhubung LCS telah bertukar-tukar pendapat secara ikhlas dan mendalam berhubung isu maritim khususnya isu Xianbin Jiao. China menegaskan lagi pendiriannya dalam isu tersebut, mendesak Filipina mengundurkan kapalnya dari perairan berkenaan, dan menyatakan tidak berganjak daripada usaha memelihara kedaulatan negara sendiri dan memartabatkan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di LCS. Serentak itu, ada diplomat Filipina yang memilih menyiarkan gambarnya mengenai pertemuan tersebut dalam flatform media sosial dan menyatakan pihaknya telah mengadakan pertukaran secara terus-terang dengan pihak China.


Dalam Forum Xiangshan Beijing 2024, wakil China sekali lagi menegakkan pendirian negaranya dalam isu LCS. Yang perlu disebut ialah ketika wakil China mengeluarkan satu soalan kepada wakil Amerika Syarikat (AS) tentang jika AS wujud di rantau Asia-Pasifik adalah untuk keselamatan rantau ini, adakah rantau ini menjadi selamat pada masa sekarang? Kenapa semua tapak berisiko tertabur di sekitar China? Pertanyaan itu turut disambut para peserta dengan tepuk tangan.


Pengerusi Persatuan Pengajian Keselamatan Antarabangsa Filipina, Rommel C. Banlaoi menyatakan bahawa Filipina bersikap ramah dengan China pada masa dahulu, tetapi sekarang dijajahkan negara Barat dengan sentimen anti-China yang berleluasa, “dasar luar kami mesti mengikuti cara ASEAN, bukan AS,” katanya.


Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dalam ucapannya berharap agar China dan Filipina meneruskan dialog dan semua pihak terlibat mengharapkan kedamaian.


Dalam mesyuarat pegawai kanan ke-22 tentang pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkentingan di LCS (DoC) yang diadakan pada Jumaat lalu pula, pelbagai pihak bersepakat menganggap memelihara kedamaian dan kestabilan di LCS membawa makna yang besar, dan menyeru menambah dialog, bersabar mengekang diri serta berhemah menangani perselisihan.


China akan terus berusaha untuk mewujudkan landskap yang damai, persahabatan dan kerjasama di LCS, sedangkan Filipina juga diharap membuat pilihan yang benar-benar selaras dengan kepentingan negaranya sendiri.