China Bantah Cubaan Kuasa Asing Adu-domba Hubunganya dengan Myanmar

2024-09-15 16:01:37  CRI
Share with:

China membantah sebarang cubaan yang bertujuan mengadu-domba hubungannya dengan Myanmar serta fitnah yang bukan-bukan.


Demikian dinyatakan jurucakap Kedutaan Besar China ke Myanmar pada Sabtu, susulan sesetengah badan media dan individu melontarkan dakwaan yang bukan-bukan bahawa China memcampur tangan dalam hal ehwal dalam negeri Myanmar.


Menurut beliau, China sebagai negara jiran yang mempunyai persahabatan tradisional dengan Myanmar, konsisten dalam menyokong kemerdekaan, kedaulatan, penyatuan negara dan keutuhan wilayah Myanmar, mengelakkan dari melakukan intervensi terhadap urusan dalaman di negaranya, dan mendukung proses damai rakyat Myanmar yang patut diterajui mereka sendiri. 


Sementara itu, China enggan melihat Myanmar terperangkap dalam rusuhan dan peperangan serta menentang sebarang campur tangan dari kuasa luaran.


Jurucakap itu menambah, diharap gencatan senjata diwujudkan secepat mungkin, perselisihan berkenaan dapat diselesaikan secara damai, dan situasi semasa pulih tenang di Myanmar khususnya di kawasan bahagian utaranya.