Naik Tarif terhadap China akan Jejeskan Kepentingan AS Sendiri
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pada Mei lalu bahawa pihaknya akan menaikkan tarif terhadap produk diimport dari China termasuk kenderaan elektrik (EV) di samping mengekalkan tarif 301 terhadap China.
Langkah yang dijadual berkuatkuasa pada 1 Ogos tersebut ditunda dua kali pada 30 Julai dan 30 Ogos, kerana pihak berkuasa Washington mendakwa pihaknya akan mengkaji lebih 1,000 cadangan daripada rakyat awam.
Walaupun terdapat suara yang menentang kenaikan tarif atau menyokong untuk memperluas skop pengecualian tarif, tetapi kerajaan AS tetap menolak untuk menerima cadangan tersebut. Langkah unilateralisme dan perlindungan seumpama bukan sahaja membelakangi janji AS yang “tidak berniat untuk mengekang pembangunan China” dan “tidak menyahhubungan dengan China”, ia juga bercanggahan dengan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dan menunjukkan AS yang tidak patuh akan janjinya.
Menurut pandangan penganalisis, langkah AS tersebut mempunyai motif politik di sebaliknya.
Menjelang pilihan raya presiden, kempen antara kedua-dua parti kian sengit. Menunjukkan sikap keras terhadap China menjadi apa yang disebut “pendirian politik yang betul”.
Perang tarif tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menjejaskan kepentingan AS sendiri.
Menurut analisis Pengerusi Majlis Industri Teknologi Maklumat AS Jason Oxman, kenaikan tarif Washinton terhadap barangan China telah membawakan kerugian sebanyak USD221 bilion kepada firma dan pengguna di AS.
Menurut pengiraan syarikat Moody's pula, pengguna AS akan terpaksa menanggung sebanyak 92 peratus kos kenaikan tarif terhadap barangan China, dan setiap isi rumah perlu membayar USD1,300 setahun untuk langkah pihak berkuasa itu.
Menurut statistik Tabung Cukai AS, kenaikan tarif terhadap barangan China bukan sahaja tidak menambah peluang kerja, sebaliknya mengakibatkan 142,000 individu menjadi penganggur.
Fakta membuktikan bahawa tarif 301 AS terhadap China tidak diterima oleh awam. Niat AS mengekang firma dan industri berkenaan di China melalui tarif tidak pernah berjaya. Langkah AS tersebut bukan sahaja tidak dapat mengekang China, tetapi akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.