Mesyuarat Kerja Kementerian Pertahanan China, AS Ke-18 Diadakan

2024-09-16 12:57:38  CRI
Share with:

Mesyuarat Kerja Kementerian Pertahanan China dan Amerika Syarikat (AS) kali ke-18 telah diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 September.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Pejabat Kerjasama Ketenteraan Antarabangsa Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dan Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan AS. 

Kedua-dua pihak telah mengadakan pertukaran pandangan yang mendalam mengenai hubungan ketenteraan China-AS, pertukaran lawatan tentera kedua-dua negara bagi fasa seterusnya, dan isu-isu lain yang menjadi perhatian bersama.