Penghijrahan Antelop ke Tebing Sungai untuk Pembiakan
2024-09-16 11:50:09 CRI
Tempoh masa dari bulan Mei hingga Julai merupakan musim pembiakan bagi kawanan antelop di bahagian utara wilayah Xizang. Pemandangan yang mengagumkan boleh kelihatan ketika puluhan ribu ekor antelop berhijrah ke kawasan pedalaman tebing Sungai Yulong di Zon Perlindungan Alam Kebangsaan Qiangtang di bahagian utara wilayah Xizang untuk bersalin.
"Buletin Status Persekitaran Ekologi Wilayah Autonomi Xizang 2023" yang diterbitkan Jabatan Ekologi dan Alam Sekitar Xizang pada 5 Jun lalu menunjukkan bahawa bilangan antelop telah meningkat kepada lebih daripada 300,000 ekor.