Ekonomi Altitud Rendah Jadi Tumpuan Pelabur

2024-09-18 11:40:44  CRI
Share with:

Persidangan Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah (LAEC) 2024 berlangsung di bandar Wuhu, provinsi Anhui, timur China baru-baru ini, menyaksikan perjanjian melibatkan 58 projek yang bernilai 10.965 bilion yuan (RM6.56 bilion) berjaya dimeterai.


LAEC edisi kali ini memfokuskan kepada teknologi terkini serta hasil inovasi ekonomi altitud rendah China, dan menarik penyertaan lebih 1,200 syarikat dalam sektor berkenaan.