Teknologi Terkini Dipertontonkan Sempena CIFTIS

2024-09-18 12:00:04  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2024 menyaksikan kemajuan teknologi dalam pelbagai bidang utama antaranya telekomunikasi, komputer dan perkhidmatan maklumat, pelancongan budaya dan sebagainya.

 

Teknologi terkini berkenaan dipertontonkan kepada umum sempena CIFTIS kali ini yang berlangsung di Taman Shougang di Beijing.

 

Pelbagai pameran imersif serta sesi interaktif membolehkan pengunjung mengenali dengan lebih dekat pengaplikasian kuasa produktif kualiti baharu dalam banyak bidang.