Vietnam Utamakan Hubungan dengan China, kata Presiden To Lam

2024-09-18 14:52:28  CRI
Share with:

Vietnam menganggap hubungan dengan China sebagai keutamaannya, kata Presiden Vietnam To Lam di Hanoi pada Selasa. 


To ketika menerima watikah pelantikan Duta Besar China ke Vietnam He Wei menyatakan, hubungan antara Vietnam dengan China kini berada pada tahap tertinggi dalam sejarah.


"Bersempena ulang tahun ke-75 ikatan dipomatik Vietnam-China pada tahun depan, kedua-dua negara harus mengambil peluang ini untuk menumpukan pembinaan komuniti berkongsi nasib, menyeleraskan kerjasama strategik komprehensif dan bertaraf tinggi, supaya membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata beliau.