China Beri Amaran kepada Pesawat AS Lintas Selat Taiwan

2024-09-18 14:55:23  CRI
Share with:

Sebuah pesawat peronda antikapal selam Amerika Syarikat (AS) P-8A terbang melintasi Selat Taiwan dan mengheboh-hebohkan perkara tersebut pada Selasa. 


Jurucakap Kawasan Perang Timur Tentera Pembebasan China, Kapten Kanan tentera laut Li Xi berkata bahawa pihaknya telah menghantar pesawat untuk mengekori, memantau dan mengendalikan pesawat AS terbabit mengikut undang-undang dan peratuan. 


Li menegaskan bahawa tentera kawasan perang timur sentiasa berwaspada pada situasi semasa, dan akan dengan tegas bertindak demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara serta keamanan serantau.