Lebih 400 Produk, Teknologi Baharu Bakal Debut di GDTE ke-3

2024-09-19 13:57:31  CRI
Share with:

Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) edisi ketiga bakal berlangsung di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China pada 25 hingga 29 September.


Acara berprestij itu menarik penyertaan syarikat peneraju dari 32 buah negara dan wilayah.


Antaranya, perusahaan antarabangsa menyumbang lebih 20 peratus kepada keseluruhan pempamer serta tempahan ruang pameran.


Dua negara tetamu kehormat iaitu Kazakhstan dan Thailand akan membuka pavilion negara sendiri, selain menyiapkan pavilion bandar kembar antarabangsa dan pavilion industri seberang laut buat kali pertama.


Sementara itu, perusahaan dari bandar seperti Boston, Amerika Syarikat (AS) akan mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan secara berkumpulan.


Penolong Menteri Perdagangan China Tang Wenhong berkata lebih 400 produk dan teknologi baharu akan membuat debut sempena GDTE 2024, empat kali ganda lebih tinggi daripada tahun lepas.


Antara produk dan teknologi baharu yang bakal dipertontonkan, kira-kira satu perempat daripadanya adalah dari luar negara dan kadar itu jauh lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya.


Difahamkan, pelbagai aktiviti pemadanan perniagaan turut diatur sebagai pengisian antaranya termasuk persidangan pemadanan industri melibatkan zon perdagangan bebas digital dan sesi dialog yang menumpukan pelaburan di China.


Sempena ekspo itu, laporan mengenai pembangunan perdagangan dan perniagaan digital China akan disiarkan untuk memaparkan pencapaian China dalam sektor berkenaan serta prospeknya pada masa hadapan sekali gus menyumbang kepada pengurangan jurang digital di peringkat global.