Perbelanjaan Pelancongan Budaya Catat Lonjakan

2024-09-19 15:42:18  CRI
Share with:

Jumlah pengembara domestik sempena percutian Pesta Kuih Bulan selama tiga hari mencecah 107 juta dengan perbelanjaan keseluruhannya sebanyak 51.047 bilion yuan (RM30.68 bilion).

Dua angka itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding paras yang direkod dalam tempoh sama 2019.

Aktiviti pelancongan berunsurkan budaya tradisional yang ditawarkan di pelbagai tempat menjadi daya tarikan baharu yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Dari 15 hingga 17 September, bilangan pengembara yang memasuki China melonjak 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, didorong oleh kemudahan bebas visa yang ditawarkan kepada lebih banyak negara.


Asia Tenggara, Eropah dan Afrika antara yang paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ketibaan pengembara asing di negara Tembok Besar.