Lawatan Waktu Malam Gaya Tradisional Gamit Pengunjung
2024-09-19 12:18:16 CRI
Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di destinasi pelancongan serata China sempena cuti Pesta Kuih Bulan selama tiga hari bermula 15 September.
Dalam pada itu, pakej lawatan waktu malam yang berunsurkan budaya tradisional menggamit hati ramai pengunjung.
Selain menikmati bulan purnama dengan menaiki kapal, para pengunjung juga teruja menyaksikan perarakan lantera dan persembahan yang berelemenkan warisan budaya bukan benda.