Kegiatan Perdagangan Rancak di Sempadan China-Nepal
2024-09-20 11:30:13 CRI
Pintu keluar masuk Gyirong yang terletak di bandar Shigatse, wilayah Xizang memudahkan perdagangan rentas sempadan antara China dengan Nepal.
Pintu sempadan itu tidak putus-putus menerima kehadiran peniaga dan pengembara setiap hari.
Pintu Gyirong mencatatkan nilai eksport sebanyak 2.509 bilion yuan (RM1.49 bilion) bagi tempoh Januari hingga Ogos, naik 49.8 peratus dari tahun ke tahun.
Antaranya kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan China yang dieksport melalui pintu keluar masuk itu mencecah 4,186 unit dengan nilai dagangan berjumlah 531 juta yuan (RM315.7 juta).