China Bantah AS Tempatkan Peluru Berpandu di Filipina
2024-09-20 14:52:20 CRI
China membantah Amerika Syarikat (AS) menempatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana di Filipina, kata jurucakap Kementerian Luar Lin Jian dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis.
Beliau berkata, China memberikan tumpuan tinggi terhadap perkara tersebut dan telah berulang kali menzahirkan bantahan seumpama.
"Tindakan terbabit mengancam keselamatan serantau, memburukan konfontasi ketenteraan, dan menimbulkan kewaspadaan dan keprihatinan tinggi negara-negara serantau," kata Lin.