Kerjasama AS, Britain dan Australia tentang Kapal Selam Nuklear Adalah Percambahan Nuklear, Kata Wakil China
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengadakan perbahasan mengenai isu kerjasama kapal selam nuklear antara Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia, sempena persidangan ke-68 yang diadakan di Vienna pada masa ini.
Ini kali ke-15 secara berturut-turut IAEA membahaskan isu tersebut dalam bentuk perbincangan antara kerajaan.
Pada sesi yang diadakan pada Khamis, Wakil Tetap China ke IAEA, Li Song berkata, kerjasama kapal selam nuklear antara AS, Britain dan Australia sama sekali adalah percambahan nuklear.
"Ia melibatkan pemindahan beberpa tan bahan uranium berkepekatan tinggi gred senjata.
"Tindakan itu akan menjejaskan dan mencabar mekanisme kawalan nuklear antarabangsa serta sistem jaminan dan penyeliaan IAEA," kata Li.
Beliau berkata masalah berkaitan harus diselesaikan menerusi cara pelbagai hala, bukannya amalan sepihak atau dwistandard.
Sementara itu, wakil dari Rusia dan negara-negara membangun dari Asia dan Afrika masing-masing menyampaikan ucapan untuk menyokong pendirian China.