China Gesa Israel Hentikan Pendudukannya di Gaza

2024-09-20 12:30:49  CRI
Share with:

Pendudukan tidak akan menjadikan Israel lebih selamat, sebaliknya hanya akan 'membiakkan' lebih banyak kebencian dan konfrontasi, selain menjerumuskan kedua-dua pihak Palestin dan Israel ke dalam kitaran ganas konflik kekerasan untuk selama-lamanya.


Demikian ujar Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap pada sesi Majlis Keselamtan PBB mengenai pelaksanaan resolusi 2334, yang mendesak Israel menghentikan kegiatan penempatan haram, pada Khamis.

"Hanya dengan menamatkan pendudukan dan membenarkan Palestin mencapai kemerdekaan, barulah dapat merealisasikan wujud bersama secara damai antara Palestin dan Israel, bahkan keamanan berkekalan di rantau Asia Barat," kata beliau.


Geng berkata, China menggesa Israel supaya menyingkirkan taasub penggunaan kekerasan, menghentikan operasi ketenteraan di Gaza dengan serta-merta, berhenti mencabuli kedaulatan dan keselamatan Lubnan, dan menghentikan segala tindakan berisiko yang boleh mengheret rantau itu ke dalam malapetaka lebih buruk.